Sunday, 15 April 2018

CANCER SURVIVOR: I'M BACK

Walla!:))

Assalamualaikum guys. i'm here now today.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur kerana Nina masih diberi peluang dan ruang untuk menghirup udara ciptaan Ilahi ni.

And good news (hope so:P), Nina dah start working back since late October ritu. Since then, quite bizi adapting my life as a mom, a housewife and a worker. Many things that i had to slow down and left behind. No more bibik to help me :(( Huhuhu.

But as usual, i'm a strong person InsyaAllah. definitely i could not tahan with the stress, but i
knew i have to keep going and healthy. Itulah cabaran hidup namanya.

Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun dari pertama kali di sahkan menghidap kanser payudara. alhamdulillah juga, dapat 'complete'kan all the treatments that was planned on me. Pembedahan, rawatan kimoterapi dan radioterapi. walau ada sedikit komplikasi atau lebih kepada side effect sebenarnya, tapi Nina boleh harunginya dengan jaya. Kuasa Allah jua hendaknya.

So, tak sabar nak hapdet segala kat sini. hope di beri idea yang baik sebaik-baiknya untuk dikongsi bersama. di harapkan perkongsian ini nanti bermanfaat untuk diri dan semua yang membaca.

love myself,
nina

Thursday, 13 October 2016

BREAST CANCER: MY STORY (2)

Hari ni Day 4 Radiotherapy. 

Start radioterapi hari Isnin baru ni. Since then, hari- hari kena datang untuk rawatan tak termasuk hari cuti Jumaat Sabtu dan cuti umum. Total semua sekali adalah 24 hari. 16 hari untuk Foton therapy. 8 hari lagi untuk Elektron therapi (booster). 

Sebelum ni,  Nina kena buat CT Planning dulu untuk tentukan kawasan yang nak di pancarkan radoterapi tu. Kawasan tu di tanda dengan titik tatoo. Seterusnya doktor pakar akan mengira berapa banyak frequency radio yang di perlukan dan luas kawasan berdasarkan CT scan tadi. Ambik masa jugaklah dalam sebulan. CT Planning ni jer kos nya sebanyak RM300.

Kalau korang nak tahu setiap satu sesi rawatan radioterapi ni pulak berkos dalam RM30 di HUSM. So, korang kalilah dengan 24. Itu adalah kos yang diperlukan untuk rawatan Radioterapi sahaja. Sebab Nina gomen staff, so kos rawatan adalah ditanggung. Alhamdulillah. Ini rawatan di hospital separa kerajaan, kalau di hospital swasta kosnya lebih mahal.

So far, 4 hari rawatan radiotx ni, Nina dah rasa simptom keletihan pada hari kedua lagi. Petang masuk maghrib tu dah rasa macam letih sangat dan mengantuk serta seram sejuk. Tapi lepas berehat sekejap dan releks regangkan segala urat saraf, alhamdulillah beransur baik.

Rawatan radiotx ni sekejap jer sebenarnya. Dok baring atas katil khusus macam nak buat CT scan tu. Cuma reka bentuk lain sikit lah. Beam akan di pancarkan ke kawasan rawatan mengikut plan yang telah di tetapkan.  Keseluruhan masa rawatan hanya beberapa minit sahaja. Yang lama adalah masa menunggu. Tapi so far, masa menunggu di sini tak lama. Tak sampai 30 minit pun. Selalunya pun Nina datang dalam pukul 10-11 pagi. Just ngam-ngam sajer. Masalahnya kena parking jauh sikit lah. Hari ni sampai- sampai jer ambik nombor terus masuk bilik. Hehehe. 

Simptom lain adalah rasa sedikit tender terutamanya bahagian parut/ scar pembedahan. Cuba untuk tidak menggaru kat kawasan tu. Huhuhu.

oklah... Next time i'll write more on it ya!

psst: my hair already growing :) 

Sunday, 9 October 2016

OCTOBER: BREAST CANCER AWARENESS- MY REAL LIFE STORY

Today Nina nak share something kat uolls about kanser payudara. Especially about the treatments;pembedahan, kimoterapi dan juga  radioterapi dari sudut pengalaman diri sendiri.
Nina tahu ramai dikalangan kita yang takut bila disebut pasal kimoterapi, pembedahan dan rawatan radioterapi. Malah sebut sahaja KANSER, semua pasti rasa gerun kan?

Nina nak ajak anda semua untuk tidak takut kepada screening. Tiada apa yang menyakitkan. Pengesanan awal lebih baik dari lewat.

Mungkin ada yang tak tahu, Nina adalah salah seorang pesakit kanser payudara. Mula dikesan semasa kehamilan anak ke-4 lebih kurang setahun yang lalu.

Macam mana tahu itu kanser?


Mula- mula Nina perasan ada lump/ benjolan pada payudara kanan semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Benjolan/ ketulan itu masih kecil sebesar ibu jari tangan sahaja, lembut dan tidak sakit serta boleh digerakkan. Jika tak periksa, memang tak Nampak dan tak rasa apa-apa. Oleh kerana waktu itu Nina mengandung dan kebetulan baru jer nak lepas susu anak ke-3, jadi Nina anggap mungkin bengkak susu biasa.

Tapi , lama-kelamaan bengkakan itu semakin membesar dan akhirnya  mula nampak. Rasa senak juga mula terasa di satu bahagian bengkakan yang agak keras sedikit. So dari situ Nina buat temujanji dengan pakar bedah untuk pemeriksaan lanjut. Antara pemeriksaan dan penyiasatan yang dijalankan adalah:

1. Ultrasound Breast memandangkan waktu itu Nina tengah sarat mengandung dan masih muda (bawah 40 tahun)

2. Trucut Biopsy- mengambil sampel tisu dari kawasan berkenaan dan di hantar untuk pemeriksaan histopatologi.

3. CT Scan thorax, abdomen, pelvis untuk staging

Kebetulan Nina bersalin tak lama lepas tu.  keputusan pemeriksaan histopatologi mengatakan sel-sel active membahagi, tetapi tak dapat menyatakan kanser atau tidak kerana keadaan fisiologi pada waktu itu yang tengah mengandung. So Nina dan pakar bedah berbincang dan decide untuk melakukan pembedahan secepat mungkin.

I decide to do wide local excision first (not going for mastectomy). Hanya buang ketulan yang abnormal dan tunggu keputusan histopatologi. Result akhirnya confirm ketulan itu adalah ketulan kanser. Atas sebab-sebab tertentu dan setelah berbincang dengan doctor pakar pro dan kontranya, Nina memilih untuk tidak meneruskan pembedahan mastektomi, tetapi memilih untuk dilakukan axillary clearance sahaja- iaitu membuang nodus-nodus limfatik di bahagian axilla sahaja.

After 1 month, barulah rawatan kimoterapi di jalan sebanyak 6 cycle. Setiap cycle adalah selama 21 hari. Rawatan yang di terima adalah rawatan harian sahaja. Di mana, nina perlu dating awal pagi untuk diambil darah dan menunggu result keluar. Sekiranya semua parameter cantik, barulah boleh dilakukan kimoterapi. Jika tidak, perlu di tangguhkan. Alhamdulillah, Nina baik- baik sahaja. Ada 2 kali terpaksa di tangguhkan kerana demam batuk dan jangkitan kuman pada gigi. Terpaksa ditangguhkan seminggu ke- 2 minggu untuk masalah itu. Otherwise yang lain ok sahaja.

So apa kesan kimoterapi ni ke atas  badan Nina?


Mula- mula, Nina alami alahan sama macam semasa mengandung. Loya , muntah, pahit mulut, tak lalu makan sebab pahit mulut. Tapi Nina lawan. Tak nak ikut perasaan sangat. Nanti tak larat nak bangun dan menyusahkan orang pula. So Nina paksa diri makan benda-benda yang member tenaga, banyakkan minum air. Kalo rasa payau pahit telan air masak, nina minum air manis. Rasa manis sikit sikit pun dah ok. Dan minum sejuuuukkk. Hehehe. Sebab badan akan rasa panas kesan ubat kimoterapi tadi.

Hampir minggu ke-3, rambut sudah mula luruh/ gugur. Kat bantal atas tilam usah cerita lah. Apalagi kalau dilurutkan jari ke kepala. segenggam rambut luruh. Akhirny tinggal beberapa helai rambut sahaja di akhir rawatan kimo. Tapi Nina tak cukur rambut, nina biarkan sahaja walau ada yang advise cukur saja rambut. Hahhaha.

Kat rumah depan mak, anak- anak, suami dan pembantu rumah serta adik beradik, nina tak sorokkan kepala botak. Tapi kalau ada orang lain datang bertandang or ke rumah mertua nina akan pakai tudung. Di rumah mertua memang Nina pakai tudung juga sebelum ni kerana ada ipar lelaki.
Bukan sahaja rambut, malah, bulu roma, bulu kening, eyelashes dan mana2 bahagian berbulu memang luruh. Itu normal kesan ubat kimo. Kulit akan kelihatan kusam dan gelap sedikit. Kuku juga akan jadi hitam dan tebal sedikit demi sedikit.

Selain tu kulit juga kering dan gatal- gatal. Kalau ada ekzema tu memang la bertambah- tambah teruk. Malah fungal infection juga terjadi selepas habis rawatan kimo kerana immuniti badan sudah lemah sangat. 

Jadi, elakkan dari berada di tempat awam yang crowded dan orang sakit.  Alhamdulillah Nina sekali jer jatuh sakit, waktu tu semua anak- anak2 pun tak sihat dapat URTI. So ngan Nina pun kena.  Mujur tidak teruk. Yang teruk, disebabkan oleh masalah gigi sampai jadi cellulitis dekat muka.. huhuhu. 2 minggu ambik masa untuk baik.

Hmmm.. apa lagi yer? Rasanya itu jer kot. Pasal radioterapi, nanti nina tulis sambungannya yer. Ini pun dah panjang. Heheh 

Jumpa lagi next story.

Wednesday, 28 September 2016

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS (2)

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS (2)

Dalam artikel yang lepas saya menyatakan pengalaman saya yang gagal dalam pengurusan kewangan di awal kerjaya makan gaji dan bagaimana saya berubah dengan ilmu pengurusan kewangan yang di perolehi secara tidak formal melalui pembacaan buku-buku ilmiah berkaitan pengurusan kewangan itu sendiri.

Kali ni saya akan sentuh mengenai apa kah yang sebenarnya perlu di lakukan dalam pengurusan kewangan yang betul.

Saya merujuk kepada beberapa artikel dan imej carian google mengenai pengurusan kewangan.
Kenapa perlu adanya pengurusan kewangan yang betul? Ianya perlu untuk mencapai matlamat kehidupan yang baik, bebas hutang dan bebas kewangan.

Matlamat kehidupan setiap orang mungkin tidak sama, tetapi pada akhirnya sudah tentu untuk hidup selesa tanpa hutang dan berbuat kebajikan.

Secara asasnya, mengikut formula kebebasan kewangan, pendapatan /gaji di bahagi kepada 2 bahagian:

30% untuk pembangunan dan keselamatan diri merangkumi
1. 10% simpanan
2. 10% pelaburan – yang boleh di kembangkan lagi kepada emas/ unit amanah/ real estate dsb.
3. 10% kecemasan

&

70% lagi untuk perbelanjaan merangkumi:
1. Perbelanjaan utiliti – air/letrik/telefon
2. Berbelanjaan rumah/ isi dapur
3. Bayaran hutang- kereta/ rumah/ kad kredit/ pendidikan
4. Pendidikan anak-anak
5. Ibubapa
6. Minyak / servis kereta
7. Percutian/ fun
8. Dan lain- lain mengikut keperluan individu yang berbeza setiap seorang

Anda juga boleh membahagikan gaji / pendapatan mengikut system sampul untuk lebih jelas lagi.

FORMULA pengurusan yang betul adalah: GAJI – SIMPANAN = BELANJA
BUKAN GAJI-BELANJA = SIMPANAN

Sebaiknya anda memperincikan keperluan- keperluan  perbelanjaan anda dan mengikut prioriti. Dahulukan yang penting. Semoga anda mampu merancang dan mengurus kewangan anda dengan bijak.

@doktoremasjutawan24k

@Nina wariz

Monday, 26 September 2016

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS (1)

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS

Saya mengakui bahawa tidak pernah tahu mengenai pengurusan kewangan sebelum ini sehinggalah saya bergaul dengan rakan-rakan berotak bisnes dan sesetengah dari mereka memperkenalkan buku Robert T. Kiyosaki. Buku pertama tulisan beliau yang saya baca adalah “Rich Dad Poor Dad”

Dari situ saya mengenali istilah FINANCIAL FREEDOM, CASHFLOW QUADRANT dan beberapa istilah kewangan yang lain. Tetapi pada masa itu saya masih ‘blur’ dan tidak mempraktikkan dengan sesungguhnya apa yang di ketahui.

Saya masih lagi sempoi dan berjoli dengan duit gaji yang di perolehi. Setiap bulan gaji masuk, tengah bulan dah habis. Tinggal beberapa ratus sahaja untuk hidup ke hujung bulan dan dapat gaji seterusnya. Pernah cuba untuk menyimpan tapi akhirnya belum keluar ‘next’ gaji dah ambik semula. Aah, bukan simpan dalam tabung ker akaun bank lain, dok dalam akaun bank gaji juga. Sudahnya samalah nasib macam yang lain.

Sampai satu masa, saya nak kahwin, simpanan satu habuk pun takder. Aduuhhh.. Mana nak carik duit nak kahwin ni. Join MLM situ sini, bukan menjual pun. Sekadar nak guna pakai sendiri. Tak reti oooi nak menjual. Malu. Takut orang kata kerja best- best, gaji besar lagi mau menjual. Buat malu muka saje. TAKUT ORANG KATA!

Ye. Itulah saya dulu. Takut dengan kata-kata orang. Walhal kita tak pernah dengar pun depan-depan. Terpengaruh dengan cerita-cerita dalam TV kot. Well, adalah seorang dua yang memerli. Walhal bukan mereka pun nak belanja tanggung makan pakai saya, bayar rumah, kereta bagai kan. Bukan mereka tahu pun simpanan kita zero waktu tu. Tapi disebabkan rakan sekerja pun ada yang ‘join’ jadi, rasa ‘insecure’ itu kurang dan lama-lama hilang.

Sekarang saya buat dek jer kalo ada yang dok mengata pun. Cakap- cakap saja bukan nak tolong hulur duit pun kat kita kan. So , ‘move on’. Hehehe.

Tapi itulah saya dulu, ilmu kewangan memang zero. Takder simpanan sikit pun. Harta lagi lah takder.  Esok lusa nak kahwin kau nak cekau duit kat mano eh? Huhuhu.. menangis-nangis mengenang nasib diri yang yatim takde ayah dah. Seboleh mungkin tak nak menyusahkan mak yang dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk adik- beradik yang masih kecil waktu tu.

Ya, walau pun saya gaji di kira agak banyak waktu itu tapi saya jarang2 bagi kat mak dan adik2. Sebabnya tu lah, mendahulukan keperluan-keperluan lain. At the end, duit gaji dah tinggal sikit. Waktu tu ‘allowance’ tuk mak memang tak tetap. Ada lebih bagi lebih, takder, tak bagi. Not that every month spent for her.

So berbalik soal nak kahwin tadi, baru lah saya dok berkira-kira dalam kepala, berapa nak kena simpan, berapa nak kena spend, nak beli barang- barang hantaran lagi. Ada juga sebut pada mak tanyakan pasal belanja kahwin ni berapa agak-agak nak kena pakai duit. Termenung sekejap mendengarnya.. tapi mak cakap yang tu tak yah risau. Itu mak yang akan uruskan. Huhuhu..lega sekejap tapi terharu juga. Yelah dok piker, mana mak nak cekau duit tu eh? Single parent. Not working. Pencen ayah tak seberapa.

Mujurlah saya dapat kata sepakat dengan bakal suami at that time, masing- masing beli barang hantaran sendiri. Bukan apa, seriau takut bakal suami mintak barang- barang branded, duit nan hado.. kalau lah semudah beli ngan air liur. Hahahaha.. beli sendiri- sendiri so saya boleh bajet hantaran apa yang perlu dan berapa harganya. Ah tak kisahlah bukan orang lain pun yang nak guna. Diri sendiri jer. Tapi memang lah, semuanya yang ‘affordable’ punya harga. Tak mahal tapi tak terlalu murah juga. Tak siapa pernah tahu reason yang sebenarnya saya takder duit simpanan nak kahwin until awak yang baca artikel saya ni. Hehehe.

So one whole year saya simpan duit sikit- sikit. Well, actually bukan lah sebenar-benarrnya menyimpan pun. Saya cuma adakan tabung KAHWIN lebih kurang. Apa yang saya buat, dapat gaji 10% saya ambik dan simpan dalam sampul dan asingkan kat tempat lain. Dalam akaun bank tak selamat. Hahaha. So dapatlah beli hantaran sedikit demi sedikit, satu ke dua jenis barang satu bulan dan bagi duit kat mak untuk kenduri di akhir-akhir masa dekat nak kenduri(ciput sangat).  Boleh jugak bagi sumbangan sikit tuk kenduri abang. Kami kahwin tak jauh jarak eh. Selang 6 bulan jer. Jadi itulah permulaan cerita saya start menyimpan.

Tapi waktu tu memang simpan tanpa berjadual atau bersistem.  Tapi amazingly, dari duit gaji tak tau ke mana hala sebelum ni, i can keep saving about 10% from the allowance every month. Punyalah kuasa azam nak kahwinsampai boleh menyimpan tu kan.

Dah kawin, nak kena pikir pulak kehidupan lepas kawin macam mana pulak. Sorang kat timur sorang kat barat pulak. Dah tu sebulan lepas kahwin, Alhamdulillah Allah kasik rezeki anak awal. So keep on saving tuk anak plak. Tapi seriously cakap, simpanan betul- betul tuk jangka panjang memang takder.  Dengan hutang kad kredit lagi, struggle iolls tau. Tiap2 bulan dok bayar hutang kad kredit ni. Sengsara. Even tak guna dah pun faedah tu memang kena. Buta kewangan masa tu kan. Sedih pulak bila dingat- ingat. Menyesal pun ada.

Rezeki anak, saya naik di sahkan jawatan, mendapat kenaikan pangkat. Allah syukur. Kehidupan lebih selesa, kewangan lebih kukuh. Kemudian dapat pulak claim KWSP sebab saya pilih skim pesara. So duit claim tu saya gunakan tuk settle hutang kad kredit dan beli barang keperluan anak ke dua. Tapi masih juga akhirnya duit itu tiada bersisa. Huhuhuhu.

Sampai akhirnya saya mendapat hidayah Allah untuk menyimpan lebih dari itu dan konsisten setelah menceburkan diri dalam bisnes online. Berada dalam golongan bisnes ni auranya lain macam. Group bisnes plak menyokong satu sama lain dari segi emosi dan ilmu. So Alhamdulillah dapat cedok macam-macam ilmu. Itulah group bisnes bersama NURRAYSA. Saya belajar ilmu kewangan dan macam lagi hasil perkongsian leader dan ahli- ahli group.

Saya mula menyimpan dalam tabung haji. Duit anak- anak pun saya simpan dalam tabung haji. Saya juga encourage suami untuk menyimpan dalam tabung haji. Aim saya, dapat pergi haji dengan tabung haji. Cukup syarat saya daftar haji untuk semua anak-anak dan kami suami isteri. Saya juga dah mula keluarkan zakat pendapatan. Jadi saya rasa keberkatan itu bermula dari situ (juga berkat memberi kepada ibu setiap bulan tanpa gagal).  Lagi pun saya tahu, jika saya menyimpan di tabung haji dan saya membayar zakat, saya boleh claim wang terlebih dari LHDN. Banyak yang di tolak dari gaji. About 10% kan. Jenuh. Banyak benda boleh buat dengan duit sebanyak sekian- sekian dari LHDN tu. 

Dan Alhamdulillah, sekarang saya sudah tahu cara baru saya nak simpan duit saya supaya di masa hadapan duit saya tu meningkat nilainya. Iaitu dengan simpanan dalam bentuk emas. 

Jika saya punya simpanan 10k katakan, 10 tahun lagi nilainya bukan lagi 10k, mungkin sama nilai dengan 3-4k hari ni. Tapi jika saya menyimpan emas bernilai 10k hari ni, 10 tahun lagi mungkin nilainya akan bertambah menjadi 100k. Kerana apa? Kerana emas adalah kalis inflasi dan ianya memegang nilai kekayaan kita di masa hadapan.

Say tak kata anda perlu menyimpan dalam bentuk emas 100%. Anda perlu juga cairan tunai di tangan. Jadi simpanlah duit 3-6 bulan gaji kita sebagai persediaan. Tetapi boleh saja kita menyimpan emas sedikit-sedikit. Dari hanya 0.5 gram – 1 gram emas sebulan. Setahun, kita sudah ada 6 gram - 12gram emas sekurang-kurangya.

Dan lepas ni saya merancang untuk menukarkan keuntungan yang diperolehi dari bisnes kepada emas. Sekurang-kurangya saya dapat tengok hasil titik peluh saya berbisnes.  Dan saya tahu itu adalah pelaburan yang tidak merugikan. Dan saya telah menjadi ahli powergold so that saya boleh beli emas dengan harga yang lebih murah dan saya boleh jual dengan harga pasaran sekiranya saya berniat untuk menjualnya atau ada permintaan. Anda juga boleh menjadi ahli dengan bayaran tertentu sebagai permulaan. Yuran keahlian dan keistimewaan.

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda nanti apa yang perlu dan patut anda lakukan dengan pendapatan yang anda perolehi dan apa yang saya telah praktik kan so far. Kita mungkin tak dapat nak tiru 100% tetapi kita boleh ubah suai mengikut keadaan semasa kita.


Jumpa lagi. Harap bermanfaat untuk anda.

Monday, 19 September 2016

3 TIPS MENJANA KEKAYAAN

TIPS MENJANA KEKAYAAN
Bila sebut kaya, saya rasa semua orang nak jadi kaya. Semua orang suka jadi kaya. Ada ker yang tak suka jadi kaya? Hehehe.

Tapi macam mana nak jadi kaya tu? Dah kerja berpuluh-puluh tahun tapi kehidupan sama jugak. Harta tak bertambah jugak. Hutang pula yang menimbun. Puas dok fikir, tak kaya-kaya jugak.
Hahaha.. samalah kita. Dulu tak tahu dan takde ilmu pun pasal ni. Pernah terbeban dengan hutang. Hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah. Paling teruk hutang kad kredit la.

Tapi bila dah tua-tua ni baru kenal ilmu kewangan, baru kenal ilmu kekayaan. Berdasarkan pembacaan dan pergaulan, dapatlah ilmu sedikit sebanyak sebagai panduan. Banyak lagi ilmu-ilmu pasal kekayaan ni, tapi saya nak kongsi apa yang saya dapat dengan pembaca semua dari pembacaan buku2 dan seminar. Jom kita lihat.

Di sini sedikit mengenai tips menjana kekayaan:

1. Memperbanyakkan Simpanan
Bagi yang bekerja makan gaji, kita di sarankan untuk membuat simpanan sebanyak 10% daripada jumlah gaji setiap bulan. Simpanan ini perlulah disimpan dan dilupakan. Eloklah menyimpan di dalam bank yang memberikan pulangan atau dividen yang tinggi supaya duit kita nanti berganda.Simpanan yang sebaik-baiknya adalah setara atau lebih 6 bulan gaji. Itu adalah simpanan yang di kira selamat.

Untuk yang bekerja sendiri, di sarankan juga menyimpan 10% daripada untung jualan atau gaji kita dari bisnes. Tapi kalau tak dapat simpan 10%, rm50 sebulan pun jadi lah. Kena paksa simpan. Kalau tak paksa simpan, gaji rm3000 pun tak leh nak simpan, gaji rm5000 pun tak boleh nak simpan juga.

Elok juga di sediakan tabung kecemasan. Ini bagi persediaan sekiranya ada keadaan yang memaksa menggunakan duit belanja. Contohnya sakit, kemalangan dan sebagainya.

Kita juga digalakkan menyimpan dalam pelbagai tabung. Contohnya, tabung pelancongan, tabung kereta, tabung leisure, tabung kebajikan dan sewaktu dengannya. Almaklumlah, bayak keperluan yang menunggu di hadapan. Dengan adanya tabung- tabung tertentu ini, kita dapat mengawal aliran kewangan kita.

Buatlah tabungan atau simpanan sebanyak mungkin kerana sebagai orang muda, banyak nak pakai duit nanti. Dah habis belajar, nak kawinlah,  nak beli keretalah, nak beli motorlah, lepas tu ada anak pulak. Haaaa.. Nampak tak, banyak nak kena pakai duit kan? So, menabunglah simpanan dari sekarang.

Simpanan untuk jangka masa panjang yang lebih selamat, EMAS adalah yang terbaik. tak dapat simpan banyak? 1gram emas 1 bulan pon dah ok. Setahun dah 12gram. Jika tak buat macam ni setahun pun belum tentu ada 1gram emas.

2. Tambahkan Pendapatan
Zaman sekarang, tak boleh nak harapkan gaji hujung bulan saja. Sometimes, belum sempat hujung bulan, poket dah kering. Sapa pernah alami? Betul kan? Kos sara hidup sangat tinggi sekarang lebih- lebih lagi di bandar-bandar besar. Jadi nak tak nak perlu lakukan sesuatu untuk menambah pendapatan.

Suri rumah juga di galakkan untuk membuat sesuatu sebagai menambah pendapatan keluarga, dengan izin suami. Tapi tak dinafikan sekarang ni, kaum ibu juga pandai carik duit sendiri. Mereka juga nak merasa beli itu ini dengan duit sendiri tanpa perlu meminta duit dari suami. Sekurang-kurangnya ringan beban suami.

Banyak cara nak tambah pendapatan sampingan ni. Contoh banyak sangat. Nak atau tak nak saja, rajin atau malas .

Antaranya;
A. Bisnes- online atau offline

Ramai dah sekarang ni yang melakukan bisnes online. Dalam pelbagai bidang. Banyak juga yang menawarkan bisnes tanpa modal iaitu dengan menjadi dropship kepada bisnes orang lain. Menjual produk orang lain. Ada orang boleh buat duit beribu-ribu hanya dengan menjadi dropship.
Bayangkan, anda boleh dapat komisyen atas angin rm10 atas setiap barangan yang di jual. Kalau dapat jual 10 barang sehari, anda dah untung rm100 sehari, kalau sebulan 30 hari, dah dapat rm3000 kan? Anda tak perlu keluar sesen pun buat modal beli produk. Best kan? Itu satu contoh la.
Kaum ibu pula , ada yang buat kuih, roti sebagai jualan di gerai- gerai, atau kantin dan cafe. Jangan tak percaya, ada yang mampu bukak kedai hanya berjualan kecil-kecilan dahulunya.

B. Mengambil upah
Melakukan perkhidmatan potong rumput di kawasan perumahan, perkhidmatan membuang sampah, perkhidmatan melipat pakaian, perkhidmatan penghantaran barang, dan sebagainya. Ini antara sebilangan contoh pekerjaan tambahan yang boleh anda lakukan.

3. Hapuskan Hutang
Bagaimana boleh dikatakan kaya jika hutang keliling pinggang. Hidup pun pasti tak tenang. Jadi, tersangat lah penting kita hapuskan hutang-hutang yang ada dan cuba untuk tidak menambah hutang. 

Anda boleh guna teknik snowball dalam melangsaikan hutang-hutang iaitu dengan melangsaikan hutang yang kecil ke hutang yang besar jumlahnya. Dan lebih penting, elakkan dari membuat hutang baru. Seboleh-bolehnya beli barang secara tunai. Kalau rasa tak boleh nak kawal penggunaan kad kredit, gunting saja kad itu. Baru tak boleh guna lagi (hutang yang lama masih perlu di jelaskan juga)

Make a habit kumpul duit untuk beli apa yang anda ingin kan dan boleh beli secara tunai. Jangan beli selagi tak cukup duit. Kalau boleh, sekiranya bukan keperluan, tak perlulah beli. Itu lebih baik.


Diharapkan, tips ini dapat membantu anda membina kekayaan. insyAllah saya juga dalam proses itu. Doakan saya berjaya. Saya doakan anda yang membaca ini juga berjaya.

@doktoremasjarum24k 

Friday, 29 July 2016

Last Chance - Peluang terakhir

Hai. Just nak bagitau la kat uoll, hari ni merupakan hari terakhir untuk dapatkan produk Nurraysa pada harga promosi. Peluang terakhir hari ni. Lepas ni harga akan kembali ke asal.

Rugilah kalau tak grab peluang terakhir ni. Masih boleh buat order dan payment hari ni sehingga pukul 12 tengah malam k...jangan lepaskan peluang.

Uolls boleh buat booking di whatsapp 0129510280. Bagitau sesiap uolls punya order so that kami boleh reserve barang untuk uolls. Bukan apa, hujung-hujung musim ni banyak la yang takder kan. Tapi so far all items ada lagi ngan iolls kecualy feminine wash sahaja. InsyaALLAH minggu depan akan sampai ke tangan iolls. 

Next postage will be on Sunday, so insyaAllah sempat la sampai kot feminine wash tu.

Tak sabar nak berurusan dengan uolls. Sampai ketemu :) jaga diri baik-baik.