TIPS MENJANA KEKAYAAN
Bila sebut kaya, saya rasa semua orang nak jadi kaya. Semua
orang suka jadi kaya. Ada ker yang tak suka jadi kaya? Hehehe.
Tapi macam mana nak jadi kaya tu? Dah kerja berpuluh-puluh
tahun tapi kehidupan sama jugak. Harta tak bertambah jugak. Hutang pula yang
menimbun. Puas dok fikir, tak kaya-kaya jugak.
Hahaha.. samalah kita. Dulu tak tahu dan takde ilmu pun
pasal ni. Pernah terbeban dengan hutang. Hutang kad kredit, hutang kereta,
hutang rumah. Paling teruk hutang kad kredit la.
Tapi bila dah tua-tua ni baru kenal ilmu kewangan, baru
kenal ilmu kekayaan. Berdasarkan pembacaan dan pergaulan, dapatlah ilmu sedikit
sebanyak sebagai panduan. Banyak lagi ilmu-ilmu pasal kekayaan ni, tapi saya
nak kongsi apa yang saya dapat dengan pembaca semua dari pembacaan buku2 dan
seminar. Jom kita lihat.
Di sini sedikit mengenai tips menjana kekayaan:
1. Memperbanyakkan Simpanan
Bagi yang bekerja makan gaji, kita di sarankan untuk membuat
simpanan sebanyak 10% daripada jumlah gaji setiap bulan. Simpanan ini perlulah
disimpan dan dilupakan. Eloklah menyimpan di dalam bank yang memberikan
pulangan atau dividen yang tinggi supaya duit kita nanti berganda.Simpanan yang
sebaik-baiknya adalah setara atau lebih 6 bulan gaji. Itu adalah simpanan yang
di kira selamat.
Untuk yang bekerja sendiri, di sarankan juga menyimpan 10%
daripada untung jualan atau gaji kita dari bisnes. Tapi kalau tak dapat simpan
10%, rm50 sebulan pun jadi lah. Kena paksa simpan. Kalau tak paksa simpan,
gaji rm3000 pun tak leh nak simpan, gaji rm5000 pun tak boleh nak simpan juga.
Elok juga di sediakan tabung kecemasan. Ini bagi persediaan
sekiranya ada keadaan yang memaksa menggunakan duit belanja. Contohnya sakit,
kemalangan dan sebagainya.
Kita juga digalakkan menyimpan dalam pelbagai tabung.
Contohnya, tabung pelancongan, tabung kereta, tabung leisure, tabung kebajikan
dan sewaktu dengannya. Almaklumlah, bayak keperluan yang menunggu di hadapan.
Dengan adanya tabung- tabung tertentu ini, kita dapat mengawal aliran kewangan
kita.
Buatlah tabungan atau simpanan sebanyak mungkin kerana
sebagai orang muda, banyak nak pakai duit nanti. Dah habis belajar, nak
kawinlah, nak beli keretalah, nak beli
motorlah, lepas tu ada anak pulak. Haaaa.. Nampak tak, banyak nak kena pakai duit kan? So, menabunglah simpanan dari sekarang.
Simpanan untuk jangka masa panjang yang lebih selamat, EMAS adalah yang terbaik. tak dapat simpan banyak? 1gram emas 1 bulan pon dah ok. Setahun dah 12gram. Jika tak buat macam ni setahun pun belum tentu ada 1gram emas.
2. Tambahkan Pendapatan
Zaman sekarang, tak boleh nak harapkan gaji hujung bulan
saja. Sometimes, belum sempat hujung bulan, poket dah kering. Sapa pernah alami? Betul kan? Kos
sara hidup sangat tinggi sekarang lebih- lebih lagi di bandar-bandar besar.
Jadi nak tak nak perlu lakukan sesuatu untuk menambah pendapatan.
Suri rumah juga di galakkan untuk membuat sesuatu sebagai
menambah pendapatan keluarga, dengan izin suami. Tapi tak dinafikan sekarang
ni, kaum ibu juga pandai carik duit sendiri. Mereka juga nak merasa beli itu
ini dengan duit sendiri tanpa perlu meminta duit dari suami. Sekurang-kurangnya
ringan beban suami.
Banyak cara nak tambah pendapatan sampingan ni. Contoh
banyak sangat. Nak atau tak nak saja, rajin atau malas .
Antaranya;
A. Bisnes- online atau offline
Ramai dah sekarang ni yang melakukan bisnes online. Dalam
pelbagai bidang. Banyak juga yang menawarkan bisnes tanpa modal iaitu dengan
menjadi dropship kepada bisnes orang lain. Menjual produk orang lain. Ada orang
boleh buat duit beribu-ribu hanya dengan menjadi dropship.
Bayangkan, anda boleh dapat komisyen atas angin rm10 atas
setiap barangan yang di jual. Kalau dapat jual 10 barang sehari, anda dah
untung rm100 sehari, kalau sebulan 30 hari, dah dapat rm3000 kan? Anda tak
perlu keluar sesen pun buat modal beli produk. Best kan? Itu satu contoh la.
Kaum ibu pula , ada yang buat kuih, roti sebagai jualan di
gerai- gerai, atau kantin dan cafe. Jangan tak percaya, ada yang mampu bukak
kedai hanya berjualan kecil-kecilan dahulunya.
B. Mengambil upah
Melakukan perkhidmatan potong rumput di kawasan perumahan,
perkhidmatan membuang sampah, perkhidmatan melipat pakaian, perkhidmatan
penghantaran barang, dan sebagainya. Ini antara sebilangan contoh pekerjaan
tambahan yang boleh anda lakukan.
3. Hapuskan Hutang
Bagaimana boleh dikatakan kaya jika hutang keliling
pinggang. Hidup pun pasti tak tenang. Jadi, tersangat lah penting kita hapuskan
hutang-hutang yang ada dan cuba untuk tidak menambah hutang.
Anda boleh guna
teknik snowball dalam melangsaikan hutang-hutang iaitu dengan melangsaikan
hutang yang kecil ke hutang yang besar jumlahnya. Dan lebih penting, elakkan dari membuat hutang baru. Seboleh-bolehnya beli
barang secara tunai. Kalau rasa tak boleh nak kawal penggunaan kad kredit,
gunting saja kad itu. Baru tak boleh guna lagi (hutang yang lama masih perlu di
jelaskan juga)
Make a habit kumpul duit untuk beli apa yang anda ingin kan
dan boleh beli secara tunai. Jangan beli selagi tak cukup duit. Kalau boleh,
sekiranya bukan keperluan, tak perlulah beli. Itu lebih baik.
Diharapkan, tips ini dapat membantu anda membina kekayaan.
insyAllah saya juga dalam proses itu. Doakan saya berjaya. Saya doakan anda
yang membaca ini juga berjaya.
No comments:
Post a Comment