Monday, 26 September 2016

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS (1)

PENGURUSAN KEWANGAN GAYA BEBAS

Saya mengakui bahawa tidak pernah tahu mengenai pengurusan kewangan sebelum ini sehinggalah saya bergaul dengan rakan-rakan berotak bisnes dan sesetengah dari mereka memperkenalkan buku Robert T. Kiyosaki. Buku pertama tulisan beliau yang saya baca adalah “Rich Dad Poor Dad”

Dari situ saya mengenali istilah FINANCIAL FREEDOM, CASHFLOW QUADRANT dan beberapa istilah kewangan yang lain. Tetapi pada masa itu saya masih ‘blur’ dan tidak mempraktikkan dengan sesungguhnya apa yang di ketahui.

Saya masih lagi sempoi dan berjoli dengan duit gaji yang di perolehi. Setiap bulan gaji masuk, tengah bulan dah habis. Tinggal beberapa ratus sahaja untuk hidup ke hujung bulan dan dapat gaji seterusnya. Pernah cuba untuk menyimpan tapi akhirnya belum keluar ‘next’ gaji dah ambik semula. Aah, bukan simpan dalam tabung ker akaun bank lain, dok dalam akaun bank gaji juga. Sudahnya samalah nasib macam yang lain.

Sampai satu masa, saya nak kahwin, simpanan satu habuk pun takder. Aduuhhh.. Mana nak carik duit nak kahwin ni. Join MLM situ sini, bukan menjual pun. Sekadar nak guna pakai sendiri. Tak reti oooi nak menjual. Malu. Takut orang kata kerja best- best, gaji besar lagi mau menjual. Buat malu muka saje. TAKUT ORANG KATA!

Ye. Itulah saya dulu. Takut dengan kata-kata orang. Walhal kita tak pernah dengar pun depan-depan. Terpengaruh dengan cerita-cerita dalam TV kot. Well, adalah seorang dua yang memerli. Walhal bukan mereka pun nak belanja tanggung makan pakai saya, bayar rumah, kereta bagai kan. Bukan mereka tahu pun simpanan kita zero waktu tu. Tapi disebabkan rakan sekerja pun ada yang ‘join’ jadi, rasa ‘insecure’ itu kurang dan lama-lama hilang.

Sekarang saya buat dek jer kalo ada yang dok mengata pun. Cakap- cakap saja bukan nak tolong hulur duit pun kat kita kan. So , ‘move on’. Hehehe.

Tapi itulah saya dulu, ilmu kewangan memang zero. Takder simpanan sikit pun. Harta lagi lah takder.  Esok lusa nak kahwin kau nak cekau duit kat mano eh? Huhuhu.. menangis-nangis mengenang nasib diri yang yatim takde ayah dah. Seboleh mungkin tak nak menyusahkan mak yang dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk adik- beradik yang masih kecil waktu tu.

Ya, walau pun saya gaji di kira agak banyak waktu itu tapi saya jarang2 bagi kat mak dan adik2. Sebabnya tu lah, mendahulukan keperluan-keperluan lain. At the end, duit gaji dah tinggal sikit. Waktu tu ‘allowance’ tuk mak memang tak tetap. Ada lebih bagi lebih, takder, tak bagi. Not that every month spent for her.

So berbalik soal nak kahwin tadi, baru lah saya dok berkira-kira dalam kepala, berapa nak kena simpan, berapa nak kena spend, nak beli barang- barang hantaran lagi. Ada juga sebut pada mak tanyakan pasal belanja kahwin ni berapa agak-agak nak kena pakai duit. Termenung sekejap mendengarnya.. tapi mak cakap yang tu tak yah risau. Itu mak yang akan uruskan. Huhuhu..lega sekejap tapi terharu juga. Yelah dok piker, mana mak nak cekau duit tu eh? Single parent. Not working. Pencen ayah tak seberapa.

Mujurlah saya dapat kata sepakat dengan bakal suami at that time, masing- masing beli barang hantaran sendiri. Bukan apa, seriau takut bakal suami mintak barang- barang branded, duit nan hado.. kalau lah semudah beli ngan air liur. Hahahaha.. beli sendiri- sendiri so saya boleh bajet hantaran apa yang perlu dan berapa harganya. Ah tak kisahlah bukan orang lain pun yang nak guna. Diri sendiri jer. Tapi memang lah, semuanya yang ‘affordable’ punya harga. Tak mahal tapi tak terlalu murah juga. Tak siapa pernah tahu reason yang sebenarnya saya takder duit simpanan nak kahwin until awak yang baca artikel saya ni. Hehehe.

So one whole year saya simpan duit sikit- sikit. Well, actually bukan lah sebenar-benarrnya menyimpan pun. Saya cuma adakan tabung KAHWIN lebih kurang. Apa yang saya buat, dapat gaji 10% saya ambik dan simpan dalam sampul dan asingkan kat tempat lain. Dalam akaun bank tak selamat. Hahaha. So dapatlah beli hantaran sedikit demi sedikit, satu ke dua jenis barang satu bulan dan bagi duit kat mak untuk kenduri di akhir-akhir masa dekat nak kenduri(ciput sangat).  Boleh jugak bagi sumbangan sikit tuk kenduri abang. Kami kahwin tak jauh jarak eh. Selang 6 bulan jer. Jadi itulah permulaan cerita saya start menyimpan.

Tapi waktu tu memang simpan tanpa berjadual atau bersistem.  Tapi amazingly, dari duit gaji tak tau ke mana hala sebelum ni, i can keep saving about 10% from the allowance every month. Punyalah kuasa azam nak kahwinsampai boleh menyimpan tu kan.

Dah kawin, nak kena pikir pulak kehidupan lepas kawin macam mana pulak. Sorang kat timur sorang kat barat pulak. Dah tu sebulan lepas kahwin, Alhamdulillah Allah kasik rezeki anak awal. So keep on saving tuk anak plak. Tapi seriously cakap, simpanan betul- betul tuk jangka panjang memang takder.  Dengan hutang kad kredit lagi, struggle iolls tau. Tiap2 bulan dok bayar hutang kad kredit ni. Sengsara. Even tak guna dah pun faedah tu memang kena. Buta kewangan masa tu kan. Sedih pulak bila dingat- ingat. Menyesal pun ada.

Rezeki anak, saya naik di sahkan jawatan, mendapat kenaikan pangkat. Allah syukur. Kehidupan lebih selesa, kewangan lebih kukuh. Kemudian dapat pulak claim KWSP sebab saya pilih skim pesara. So duit claim tu saya gunakan tuk settle hutang kad kredit dan beli barang keperluan anak ke dua. Tapi masih juga akhirnya duit itu tiada bersisa. Huhuhuhu.

Sampai akhirnya saya mendapat hidayah Allah untuk menyimpan lebih dari itu dan konsisten setelah menceburkan diri dalam bisnes online. Berada dalam golongan bisnes ni auranya lain macam. Group bisnes plak menyokong satu sama lain dari segi emosi dan ilmu. So Alhamdulillah dapat cedok macam-macam ilmu. Itulah group bisnes bersama NURRAYSA. Saya belajar ilmu kewangan dan macam lagi hasil perkongsian leader dan ahli- ahli group.

Saya mula menyimpan dalam tabung haji. Duit anak- anak pun saya simpan dalam tabung haji. Saya juga encourage suami untuk menyimpan dalam tabung haji. Aim saya, dapat pergi haji dengan tabung haji. Cukup syarat saya daftar haji untuk semua anak-anak dan kami suami isteri. Saya juga dah mula keluarkan zakat pendapatan. Jadi saya rasa keberkatan itu bermula dari situ (juga berkat memberi kepada ibu setiap bulan tanpa gagal).  Lagi pun saya tahu, jika saya menyimpan di tabung haji dan saya membayar zakat, saya boleh claim wang terlebih dari LHDN. Banyak yang di tolak dari gaji. About 10% kan. Jenuh. Banyak benda boleh buat dengan duit sebanyak sekian- sekian dari LHDN tu. 

Dan Alhamdulillah, sekarang saya sudah tahu cara baru saya nak simpan duit saya supaya di masa hadapan duit saya tu meningkat nilainya. Iaitu dengan simpanan dalam bentuk emas. 

Jika saya punya simpanan 10k katakan, 10 tahun lagi nilainya bukan lagi 10k, mungkin sama nilai dengan 3-4k hari ni. Tapi jika saya menyimpan emas bernilai 10k hari ni, 10 tahun lagi mungkin nilainya akan bertambah menjadi 100k. Kerana apa? Kerana emas adalah kalis inflasi dan ianya memegang nilai kekayaan kita di masa hadapan.

Say tak kata anda perlu menyimpan dalam bentuk emas 100%. Anda perlu juga cairan tunai di tangan. Jadi simpanlah duit 3-6 bulan gaji kita sebagai persediaan. Tetapi boleh saja kita menyimpan emas sedikit-sedikit. Dari hanya 0.5 gram – 1 gram emas sebulan. Setahun, kita sudah ada 6 gram - 12gram emas sekurang-kurangya.

Dan lepas ni saya merancang untuk menukarkan keuntungan yang diperolehi dari bisnes kepada emas. Sekurang-kurangya saya dapat tengok hasil titik peluh saya berbisnes.  Dan saya tahu itu adalah pelaburan yang tidak merugikan. Dan saya telah menjadi ahli powergold so that saya boleh beli emas dengan harga yang lebih murah dan saya boleh jual dengan harga pasaran sekiranya saya berniat untuk menjualnya atau ada permintaan. Anda juga boleh menjadi ahli dengan bayaran tertentu sebagai permulaan. Yuran keahlian dan keistimewaan.

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda nanti apa yang perlu dan patut anda lakukan dengan pendapatan yang anda perolehi dan apa yang saya telah praktik kan so far. Kita mungkin tak dapat nak tiru 100% tetapi kita boleh ubah suai mengikut keadaan semasa kita.


Jumpa lagi. Harap bermanfaat untuk anda.

No comments:

Post a Comment