Sunday, 9 October 2016

OCTOBER: BREAST CANCER AWARENESS- MY REAL LIFE STORY

Today Nina nak share something kat uolls about kanser payudara. Especially about the treatments;pembedahan, kimoterapi dan juga  radioterapi dari sudut pengalaman diri sendiri.
Nina tahu ramai dikalangan kita yang takut bila disebut pasal kimoterapi, pembedahan dan rawatan radioterapi. Malah sebut sahaja KANSER, semua pasti rasa gerun kan?

Nina nak ajak anda semua untuk tidak takut kepada screening. Tiada apa yang menyakitkan. Pengesanan awal lebih baik dari lewat.

Mungkin ada yang tak tahu, Nina adalah salah seorang pesakit kanser payudara. Mula dikesan semasa kehamilan anak ke-4 lebih kurang setahun yang lalu.

Macam mana tahu itu kanser?


Mula- mula Nina perasan ada lump/ benjolan pada payudara kanan semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Benjolan/ ketulan itu masih kecil sebesar ibu jari tangan sahaja, lembut dan tidak sakit serta boleh digerakkan. Jika tak periksa, memang tak Nampak dan tak rasa apa-apa. Oleh kerana waktu itu Nina mengandung dan kebetulan baru jer nak lepas susu anak ke-3, jadi Nina anggap mungkin bengkak susu biasa.

Tapi , lama-kelamaan bengkakan itu semakin membesar dan akhirnya  mula nampak. Rasa senak juga mula terasa di satu bahagian bengkakan yang agak keras sedikit. So dari situ Nina buat temujanji dengan pakar bedah untuk pemeriksaan lanjut. Antara pemeriksaan dan penyiasatan yang dijalankan adalah:

1. Ultrasound Breast memandangkan waktu itu Nina tengah sarat mengandung dan masih muda (bawah 40 tahun)

2. Trucut Biopsy- mengambil sampel tisu dari kawasan berkenaan dan di hantar untuk pemeriksaan histopatologi.

3. CT Scan thorax, abdomen, pelvis untuk staging

Kebetulan Nina bersalin tak lama lepas tu.  keputusan pemeriksaan histopatologi mengatakan sel-sel active membahagi, tetapi tak dapat menyatakan kanser atau tidak kerana keadaan fisiologi pada waktu itu yang tengah mengandung. So Nina dan pakar bedah berbincang dan decide untuk melakukan pembedahan secepat mungkin.

I decide to do wide local excision first (not going for mastectomy). Hanya buang ketulan yang abnormal dan tunggu keputusan histopatologi. Result akhirnya confirm ketulan itu adalah ketulan kanser. Atas sebab-sebab tertentu dan setelah berbincang dengan doctor pakar pro dan kontranya, Nina memilih untuk tidak meneruskan pembedahan mastektomi, tetapi memilih untuk dilakukan axillary clearance sahaja- iaitu membuang nodus-nodus limfatik di bahagian axilla sahaja.

After 1 month, barulah rawatan kimoterapi di jalan sebanyak 6 cycle. Setiap cycle adalah selama 21 hari. Rawatan yang di terima adalah rawatan harian sahaja. Di mana, nina perlu dating awal pagi untuk diambil darah dan menunggu result keluar. Sekiranya semua parameter cantik, barulah boleh dilakukan kimoterapi. Jika tidak, perlu di tangguhkan. Alhamdulillah, Nina baik- baik sahaja. Ada 2 kali terpaksa di tangguhkan kerana demam batuk dan jangkitan kuman pada gigi. Terpaksa ditangguhkan seminggu ke- 2 minggu untuk masalah itu. Otherwise yang lain ok sahaja.

So apa kesan kimoterapi ni ke atas  badan Nina?


Mula- mula, Nina alami alahan sama macam semasa mengandung. Loya , muntah, pahit mulut, tak lalu makan sebab pahit mulut. Tapi Nina lawan. Tak nak ikut perasaan sangat. Nanti tak larat nak bangun dan menyusahkan orang pula. So Nina paksa diri makan benda-benda yang member tenaga, banyakkan minum air. Kalo rasa payau pahit telan air masak, nina minum air manis. Rasa manis sikit sikit pun dah ok. Dan minum sejuuuukkk. Hehehe. Sebab badan akan rasa panas kesan ubat kimoterapi tadi.

Hampir minggu ke-3, rambut sudah mula luruh/ gugur. Kat bantal atas tilam usah cerita lah. Apalagi kalau dilurutkan jari ke kepala. segenggam rambut luruh. Akhirny tinggal beberapa helai rambut sahaja di akhir rawatan kimo. Tapi Nina tak cukur rambut, nina biarkan sahaja walau ada yang advise cukur saja rambut. Hahhaha.

Kat rumah depan mak, anak- anak, suami dan pembantu rumah serta adik beradik, nina tak sorokkan kepala botak. Tapi kalau ada orang lain datang bertandang or ke rumah mertua nina akan pakai tudung. Di rumah mertua memang Nina pakai tudung juga sebelum ni kerana ada ipar lelaki.
Bukan sahaja rambut, malah, bulu roma, bulu kening, eyelashes dan mana2 bahagian berbulu memang luruh. Itu normal kesan ubat kimo. Kulit akan kelihatan kusam dan gelap sedikit. Kuku juga akan jadi hitam dan tebal sedikit demi sedikit.

Selain tu kulit juga kering dan gatal- gatal. Kalau ada ekzema tu memang la bertambah- tambah teruk. Malah fungal infection juga terjadi selepas habis rawatan kimo kerana immuniti badan sudah lemah sangat. 

Jadi, elakkan dari berada di tempat awam yang crowded dan orang sakit.  Alhamdulillah Nina sekali jer jatuh sakit, waktu tu semua anak- anak2 pun tak sihat dapat URTI. So ngan Nina pun kena.  Mujur tidak teruk. Yang teruk, disebabkan oleh masalah gigi sampai jadi cellulitis dekat muka.. huhuhu. 2 minggu ambik masa untuk baik.

Hmmm.. apa lagi yer? Rasanya itu jer kot. Pasal radioterapi, nanti nina tulis sambungannya yer. Ini pun dah panjang. Heheh 

Jumpa lagi next story.

No comments:

Post a Comment