Thursday, 13 October 2016

BREAST CANCER: MY STORY (2)

Hari ni Day 4 Radiotherapy. 

Start radioterapi hari Isnin baru ni. Since then, hari- hari kena datang untuk rawatan tak termasuk hari cuti Jumaat Sabtu dan cuti umum. Total semua sekali adalah 24 hari. 16 hari untuk Foton therapy. 8 hari lagi untuk Elektron therapi (booster). 

Sebelum ni,  Nina kena buat CT Planning dulu untuk tentukan kawasan yang nak di pancarkan radoterapi tu. Kawasan tu di tanda dengan titik tatoo. Seterusnya doktor pakar akan mengira berapa banyak frequency radio yang di perlukan dan luas kawasan berdasarkan CT scan tadi. Ambik masa jugaklah dalam sebulan. CT Planning ni jer kos nya sebanyak RM300.

Kalau korang nak tahu setiap satu sesi rawatan radioterapi ni pulak berkos dalam RM30 di HUSM. So, korang kalilah dengan 24. Itu adalah kos yang diperlukan untuk rawatan Radioterapi sahaja. Sebab Nina gomen staff, so kos rawatan adalah ditanggung. Alhamdulillah. Ini rawatan di hospital separa kerajaan, kalau di hospital swasta kosnya lebih mahal.

So far, 4 hari rawatan radiotx ni, Nina dah rasa simptom keletihan pada hari kedua lagi. Petang masuk maghrib tu dah rasa macam letih sangat dan mengantuk serta seram sejuk. Tapi lepas berehat sekejap dan releks regangkan segala urat saraf, alhamdulillah beransur baik.

Rawatan radiotx ni sekejap jer sebenarnya. Dok baring atas katil khusus macam nak buat CT scan tu. Cuma reka bentuk lain sikit lah. Beam akan di pancarkan ke kawasan rawatan mengikut plan yang telah di tetapkan.  Keseluruhan masa rawatan hanya beberapa minit sahaja. Yang lama adalah masa menunggu. Tapi so far, masa menunggu di sini tak lama. Tak sampai 30 minit pun. Selalunya pun Nina datang dalam pukul 10-11 pagi. Just ngam-ngam sajer. Masalahnya kena parking jauh sikit lah. Hari ni sampai- sampai jer ambik nombor terus masuk bilik. Hehehe. 

Simptom lain adalah rasa sedikit tender terutamanya bahagian parut/ scar pembedahan. Cuba untuk tidak menggaru kat kawasan tu. Huhuhu.

oklah... Next time i'll write more on it ya!

psst: my hair already growing :) 

2 comments:

  1. Salam nina..sy along dr kuantan..esok sy akn mnjlani pembedahan wide local exision..lps tu kena radioterapi..nk tye nina klau kat husm buat radioterapi kena byr tak klau kita kakitgan kerajaan..sbb tadi doc ckp kena byr

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete