Assalamualaikum semuanya pembaca alam mayaJ
Masih belum terlambatkan untuk saya ucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan
seantero dunia amnya.
Mohon berbanyak-banyak maaf di kesempatan ini kerana sudah
lama tidak berblogging. Hamba cuma blogger amatur saja.Tak dapat nak fokus baru-baru
ini kerana masalah kesihatan. Terpaksa tumpukan perhatian lebih pada rawatan
dan rawatan susulan. Ia mungkin mengambil masa yang lama, tapi insyaAllah lepas
ni ada masa luang lebih sikit. Jadi nak focus sikit pada blog.
Masih mencari-cari niche yang sesuai, tapi pastinya lebih
kepada kecantikan dan kosmetik kerana lumrah wanita begitu. Mahukan kepada
kecantikan dan yang sewaktu dengannya. Mungkin juga kesihatan kerana semua kita
mahu sihat. Well, sekarang suka memasak dan baking. Maklum sebab dah releks
sikit. Jadi kita boleh share juga mengenai masakan dan resepinya.
Walaubagaimanapun sudah pasti yang utama adalah bidang
bisnes yang saya ceburi kini. Sudah tentulah Nurraysa Beauty. Sudah hampir 2
tahun lebih saya berjinak-jinak dengan produk
Nurraysa Beauty ni dan saya telah jatuh hati. Boleh dikatakan hamper kesemua
produk Nurraysa ni saya telah dan sedang guna. Memang saya berpuas hati.
Bukan sahaja produknya berkuaiti, malahan sangat mesra
wudhuk dan solat. Jadi senang dan mudah buat kita para muslimah untuk bersolat
bila mekap dengan produk Nurraysa. Nak tanggalkan mekap bukan lagi sesuatu yang melambatkan dan
menyusahkan. Cuma basahkan muka dan sapu- sapu sahaja. Boleh juga gunakan tisu
muka sahaja atau tisu basah. Tak perlu menggunakan sabun atau pencuci muka lagi
kerana bahan2 yang digunakan sangat mudah dicuci.
Tapi saya tak menidakkan keperluan dan keselesaan sesetengah
pengguna untuk mencuci muka dengan sabun atau pencuci muka ye ;).
Oh, dah banyak pula berceloteh mengenai Nurraysa Beauty. Kita
sambung di lain post mengenainyaJ.
Hehe. Ok lah. Sampai jumpa lagi yer.
Nina Wariz
15 Julai 2016.1023H
No comments:
Post a Comment