Sunday, 22 February 2015

Allah Tempat Meminta - Impian Sejuta Jiwa

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku "Allah Tempat Meminta" adalah sebuah buku yang mengandungi gabungan 40 kisah benar yang di alami oleh  40 orang penulis yang dikumpulkan dalam satu buku.

Mereka adalah antara pembaca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" karangan Ust. Fathuri Salehuddin dimana di terangkan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki.

Melalui bermacam2 kisah yang yang akan kita baca dalam buku ATM ini, hakikat rezeki itu bukanlah dalam bentuk duit sahaja. Yang dinamakan rezeki itu bermacam2. Tidak terhitung banyaknya.

Didalam buku ini juga disediakan modul praktikal membina keyakinan; bahawasanya kehidupan yang sejahtera itu boleh kita minta dengan Allah. Hanya Allah lah tempat kita meminta. Apa sahaja hajat di dunia ini dan hajat di akhirat nanti boleh kita minta dari Allah.

Buku ini sudah pun dipasarkan pada pertengahan bulan januari yang lalu dan boleh didapati melalui ejen2 penyampai dan pengedar secara online.

Saya merupakan penyampai dan pengedar anda di Kelantan. Walaubagaimanapun saya tetap melakukan pengeposan sekiranya perlu ke seluruh negara.

Tuan/puan boleh menghubungi saya di zarrin3010@gmail.com atau di fb saya Nina Wariz.

No comments:

Post a Comment